Peruntukan RM111.47 juta untuk kemajuan sukan, pembangunan belia di Sabah [ 11m ago ]

Kejohanan Terjun Grand Prix FINA: gandingan Syafiq-Wendy rangkul emas

Tarikh kemaskini: 17/11/2019
KUALA LUMPUR, 17 Nov -- Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Wendy Ng Yan Yee berjaya meraih emas, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Grand Prix Terjun FINA menerusi acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Gandingan itu mengumpul 299.22 mata mengatasi penerjun Rusia, Ilia Molchanov-Elizaveta Kuzina dengan 287.40 mata (perak), manakala pasangan Switzerland, Jonathan Suckow-Michelle Heimberg dengan 281.10 (gangsa).

Gandingan Loh Zhiayi-Lau Jasmine pula terpaksa akur apabila sekadar meraih gangsa dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita, dengan catatan 255.72 mata.

Pasangan China, Huang Xiaohui-Wei Ying mengungguli acara itu dengan mengumpul 291.30 mata bagi memperoleh emas, manakala gandingan Rusia, Karina Shkliar-Marina Shishkanova mendapat perak dengan 255.90 mata.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu