Saksi diminta tandatangan akuan bersumpah mengenai bil kad kredit Ahmad Zahid [ 37m ago ]

PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula

Tarikh kemaskini: 17/11/2019
MIRI, 17 Nov – Seorang lelaki Pendatang Aisng Tanpa Izin (PATI) warga Bangladesh yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bekenu pada Rabu lepas telah berjaya ditahan semula pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, PATI tersebut yang hanya dikenali dengan nama Hossain telah ditahan semula pada pukul 3.43 petang semalam oleh Jabatan Imigresen hasil maklumat dari orang awam.

“Jabatan Imigresen telah menyerahkan suspek kepada polis untuk direman pada hari ini dan kes disiasat dibawah seksyen 224 Kanun Keseksaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Menurut laporan media tempatan sebelum ini, suspek yang berusia 39 tahun telah melarikan diri pada pukul 7.40 pagi Rabu lepas dengan memanjat pagar menggunakan baju bagi melepasi jaringan pagar dawai berduri.

Suspek dilaporkan melarikan diri ke menuju ke kawasan belakang depot dalam keadaan bogel.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu