Digugurkan...titik perubahan safawi rasid [ 8m ago ]

PH tidak didominasi satu parti - Muhyiddin

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri)
PONTIAN, 8 Nov -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dan pusat, ditadbir secara bersama dan bukannya dikuasai serta didominasi sesebuah parti sahaja, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata setiap keputusan yang diambil, dilaksanakan atas konsep perbincangan secara bersama-sama.

“Saya nak kata sini, di peringkat pusat, semua keputusan yang kita laksanakan dibuat atas dasar perbincangan, keputusan bersama. Tanggungjawab kolektif. Bukan dibuat satu dua menteri.

“Ataupun Lim Guan Eng (sebab beliau) Menteri Kewangan.. jadi Perdana Menteri dan kami kena ikut. Semua adalah hasil perbincangan yang panjang, macam nak sediakan bajet, bukan dibuat MOF (Kementerian Kewangan) saja, dibentang berapa kali dalam jemaah menteri, dibawa ke parlimen, sedang dibahas,” katanya sewaktu berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Haji Othman, Kampung Sri Bunian di sini malam ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata PH adalah sebuah kerajaan yang duduk dan berbincang bersama-sama, demi manfaat dan faedah semua.

“Kerana memang ada usaha dibuat untuk menakutkan orang Melayu. Saya tak rasa canggung, kononnya bila DAP dengan kita (PH), dia kuasai semua. Buat apa dia suka.. Ini tidak benar,” katanya.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu