PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 7m ago ]

Bilik Stim-bersih Di Palace of the Golden Horses

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Nov (Bernama) -- Palace of the Golden Horses hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat My Steam Clean Asia Sdn Bhd untuk menyediakan bilik yang distim bersih untuk para tetamu mereka. Ianya merupakan cara pembersihan yang menggunakan air yang tersejat pada suhu yang tinggi untuk membersih dan ianya mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia.

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan hal ini dimana kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya bilik yang bersih dan telah disterilkan melalui proses stim bersih. Kami di Palace of the Golden Horses sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang cenderung ke arah lebih sihat dan mesra alam untuk para tetamu kami," kata Encik Isaac Raj, Pengurus Besar Palace of the Golden Horses.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu