PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen Miri ditahan semula [ 8m ago ]

Kenyataan Media Pemberhentian 815 Pekerja Kumpulan Utusan

Tarikh kemaskini: 07/11/2019
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- PERKESO sentiasa prihatin dan memantau berkenaan isu pemberhentian seramai 815 orang pekerja Kumpulan Utusan. Tindakan segera telah dilaksanakan oleh PERKESO untuk membantu mereka dengan mengadakan sesi taklimat di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd, Jalan Chan Sow Lin pada 30 Oktober 2019. Semua pekerja-pekerja yang terlibat telah dinasihatkan supaya dapat mengemukakan permohonan terus kepada PERKESO secara online melalui portal eis.perkeso.gov.my atau hadir ke Pejabat PERKESO berhampiran dengan kadar segera. Permohonan yang lengkap diterima telah diproses bagi membolehkan bayaran bantuan kewangan bulan pertama dapat disalurkan selepas tempoh menunggu selama 7 hari.

Setakat 1 November 2019, seramai 382 orang daripada jumlah 815 orang pekerja Kumpulan Utusan telah menfailkan tuntutan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan 27 permohonan telah disahkan kehilangan pekerjaan serta mencukupi syarat kelayakan caruman untuk proses bayaran. Seterusnya, bekas pekerja Kumpulan Utusan atau Orang Berinsurans (OB) ini akan dibantu oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan di tempat baru.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu