Pengeluar produk makanan sunnah perlu kemuka kajian saintifik [ 1h ago ]

Vietnam, Mexico tingkat kerjasama sektor pertanian, makanan laut

Tarikh kemaskini: 23/10/2019
HANOI, 23 Okt -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dimeterai antara Vietnam dan Mexico berjaya memacu kerjasama dalam sektor pertanian dan makanan laut kedua-dua negara, lapor agensi berita Vietnam.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam (VCCI) Dao Duy Khuong berkata Mexico merupakan rakan dagangan utama, selain sektor pertanian, kedua-dua pihak juga dapat menjalinkan kerjasama dalam industri pelancongan.

Khuong berkata sebagai negara yang mengamalkan pasaran terbuka, Mexico boleh menjadi jambatan untuk Vietnam menembusi pasaran yang lebih besar di Amerika Utara.

Vietnam juga boleh menjadi pintu masuk utama bagi syarikat Mexico untuk bekerja sama dengan perusahaan di blok ASEAN.

Pada masa ini, Mexico mengimport hasil perladangan Vietnam seperti beras dan kopi.

Sebanyak 70 peratus beras yang dijual di Mexico adalah diimport dari Vietnam.

Di samping itu, Mexico juga berhasrat untuk mengeksport produk daging lembu ke Vietnam dalam masa terdekat.

Mexico adalah rakan dagang kedua terbesar Vietnam di Amerika Latin manakala Vietnam rakan kelapan terbesar Mexico di Asia Pasifik.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu