Sekurangnya empat mati bila bangunan runtuh di Phuket [ 3h ago ]

ADX Group Mengumumkan Kemajuan IPO, Penawaran Sekuriti Siber Baharu

Tarikh kemaskini: 21/10/2019
PULAU JEJU, Korea Selatan, 21 Okt (Bernama) -- ADX Group (“ADX”), pemilik dan operator perkhidmatan perniagaan dalam talian, hiburan dalam talian dan elektronik pengguna, mengumumkan hari ini bahawa syarikat sudah maju selangkah lagi ke arah penawaran saham terbitan awam (IPO). Sehari sebelum Persidangan Musim Bunga Tahunan Ke-11 syarikat itu, Pengasas ADX Mr. Steven M. Renner berkata. “ADX secara rasminya sudah menggunakan khidmat juruaudit bebas untuk menjalankan audit pra-IPO dan IPO NASDAQ kami masih kekal untuk diterbitkan pada awal 2022.”

Lebih daripada 700 perunding jualan ADX yang menghadiri persidangan di Pulau Jeju, Korea Selatan, dimaklumkan dengan berita terkini mengenai perkara IPO syarikat, Perkhidmatan Sekuriti Siber ADX yang baharu (termasuklah ADX Mail, ADX Cloud, ADX VPN, dan perkhidmatan-perkhidmatan persidangan terjamin WebCast.Pro), perkhidmatan mesej mudah alih yang terjamin, Perkhidmatan Pengehosan Awan AWL yang popular, dan kemajuan-kemajuan dalam Permainan Mudah Alih ADX.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu