PH junjung prinsip muafakat, tiada parti paling kuat [ 4m ago ]

Presiden IPF Sambanthan meninggal dunia

Tarikh kemaskini: 16/10/2019
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Senator Datuk M. Sambanthan meninggal dunia di sini malam ini. Mendiang berusia 54 tahun.

Anak mendiang yang kedua, Ganesh Kumar berkata ayahnya meninggal di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.35 malam kerana serangan jantung.

Upacara pengebumian akan berlangsung esok di rumahnya di Semenyih.

"Ayah saya telah dimasukkan ke di IJN selama seminggu dan menjalani pembedahan pintasan pada Ahad lepas (13 Okt). Dia berada dalam keadaan normal dan nadinya pada kadar biasa.

"Tetapi tiba-tiba dia mengalami serangan jantung," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.

Sambanthan meninggalkan seorang isteri M. Jayalakshmi, 52, dan tiga orang anak lelaki termasuk Ganesh dan seorang anak perempuan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu