SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Pesawat TUDM terbang rendah di sekitar KLCC esok

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) mulai pagi esok.

Markas TUDM dalam kenyataan berkata kesemua pesawat TUDM akan melakukan terbang lintas sempena Eksesais Bersama LIMA yang melibatkan pesawat Hawk 108 milik TUDM serta empat buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force.

“Terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 10.15 pagi esok, orang ramai diminta tidak cemas dan risau jika melihat pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu