SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Tourism Malaysia Anjur Program Corporate Travel Bazaar 2019 Untuk Menggalakkan Industri Pelancongan

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, hari ini telah merasmikan edisi ketujuh Corporate Travel Bazaar 2019 (CTB2019) di Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan bagi menarik minat sektor-sektor korporat dan awam terhadap pelancongan perniagaan dengan meningkatkan kesedaran mengenai pelancongan perniagaan domestik di Malaysia.

Program yang telah diperkenalkan pada tahun 2009 ini melibatkan pertemuan dua hala yang berkonsepkan perniagaan ke perniagaan (B2B) antara para pengusaha pelancongan (sellers) dan para pembeli (buyers) bagi mempromosikan produk pelancongan kepada sektor awam dan juga swasta. Penganjuran program Corporate Travel Bazaar ini adalah sejajar dengan misi Tourism Malaysia untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan sektor MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran) di samping merangsang pertumbuhan pelancongan domestik dalam kalangan komuniti perniagaan tempatan.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu