Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award [ 4h ago ]

Indonesia: Akses internet di wilayah Papua kembali pulih

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
JAKARTA, 10 Okt -- Akses Internet di wilayah Papua, Indonesia telah dipulihkan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan Menteri Komunikasi dan Informatika Rudiantara pada Rabu.

Sejak akhir Ogos, Kementerian Komunikasi dan Informatika telah menyekat akses Internet di wilayah-wilayah Papua dan Papua Barat dalam usaha mengekang penyebaran berita palsu dan kandungan yang berunsur mengapi-apikan.

Akses Internet kemudian terpaksa dipotong susulan tunjuk perasaan pada 23 Sept.

Rudiantara berkata sekatan Internet digunakan bagi membendung percambahan berita palsu dan mesej kebencian.

Kementerian itu berkata penyebaran berita palsu di Papua memuncak pada 31 Ogos apabila sejumlah 42,000 pelokasi sumber seragam (URL) bagi tujuan itu dikesan.

Bilangan URL sedemikian merosot kepada 1,000 pada 12 Sept selepas akses Internet disekat.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu