Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award [ 4h ago ]

Malaysia perlu peluas liputan SST untuk bangun semula penampan fiskal - Bank Dunia

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Kerajaan perlu mempelbagai dan meningkatkan sumber pendapatannya, termasuk meluaskan liputan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk membangunkan semula penampan fiskal, kata Kumpulan Bank Dunia.

Dalam edisi Oktober 2019 mengenai kedudukan terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik, yang bertemakan, Menangani Peningkatan Risiko, yang dikeluarkan hari ini, Bank Dunia berkata latihan perlu ada untuk mempelbagaikan sumber pendapatan, memandangkan tahap liabiliti kerajaan Malaysia yang agak tinggi, yang akan terus menangani kekangan ruang fiskal yang tersedia sekiranya berlaku kejutan makroekonomi.

Mengulas mengenai ini, ahli ekonomi utama dalam makroekonomi, perdagangan dan pelaburan (Malaysia) Richard Record berkata cabaran kerajaan sekarang adalah untuk memperluas liputan SST.

"Dengan liputan yang lebih besar, kita akan melihat peningkatan kutipan hasil dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran edisi Oktober Ekonomi Dunia Asia Timur dan Pasifik 2019 di sini, hari ini.

Record juga berkata kerajaan boleh memperkenal lebih banyak elemen progresif dalam dasar pendapatannya, termasuk penyusunan semula insentif cukai dan pengembangan cukai pendapatan peribadi untuk membina semula penampan fiskal.

Ditanya sama ada peluasan liputan SST akan menjurus kepada inflasi di negara ini, Record bersetuju bahawa langkah itu boleh menyebabkan kenaikan harga dalam tempoh jangka pendek.

"Bila kos barangan dinaikkan, yang sebelum ini berkadar sifar, ia dalam jangka pendek akan menaikkan harha (barangan(,," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan itu boleh dilaksanakan apabila kadar inflasi rendah.

"Kerajaan boleh mengenal pasti barang-barang yang paling banyak digunakan oleh kumpulan berpendapatan rendah, dan mengambil langkah untuk melindunginya," katanya.

Data Bank Dunia mengunjurkan Indeks Harga Pengguna Malaysia, yang mengukur inflasi, meningkat 0.8 peratus pada 2019 berbanding 1.7 peratus pada 2020.

Walaupun inflasi harga pengguna yang rendah, ia berkata wujud kebimbangan dalam kalangan kerajaan dan orang ramai mengenai kos sara hidup yang meningkat.

Isu utama ialah kurangnya rumah mampu miliki, tahap hutang isi rumah, upah yang rendah dalam sektor tertentu selain inflasi harga purata makanani," katanya.

Sementara itu, Bank Dunia juga menjangkakan Malaysia dapat memenuhi sasaran defisit fiskalnya sebanyak 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019, disokong oleh langkah-langkah monetari seperti kadar pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh bank pusat pada Mei ini. tahun.

Mengenai prospek pertumbuhan ekonomi, ia berkata risiko kepada prospek pertumbuhan Malaysia terus cenderung ke arah penurunan, terutama disebabkan oleh ketegangan perdagangan US-China yang tidak dapat diselesaikan dan kitaran teknologi global yang belum selesai, yang boleh menjejaskan permintaan eksport negara dalam jangka terdekat.

Secara ,menyeluruh, ia mengekalkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada 4.6 peratus pada 2019, disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam penggunaan swasta, di tengah-tengah keadaan pasaran pekerja yang stabil.

Bank Dunia berkata sektor luaran yang lemah mungkin berterusan dalam jangka masa terdekat.

"Ia akan menurunkan permintaan global ke atas produk elektrik dan elektronik dan oleh itu, mengekang pertumbuhan eksport," katanya.

— BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu