SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Jasmine Food Corporation Menganjurkan Hari Beras 2019 Dengan Tema "HealthyRicestyle" Untuk Menggalakkan Orang Ramai Utamakan Gaya Hidup Yang Sihat Di Malaysia

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Okt (Bernama) -- Bagi menyambut Hari Beras 2019, tahun ini, Jasmine Food Corporation menganjurkan Hari Beras yang digelar 'HealthyRiceStyle' pada 10 Oktober 2019 di North Court, IOI Mall Puchong. Menarik perhatian pengunjung untuk menjamu mata pada pilihan beras kesihatan istimewa daripada Jasmine berserta resipi-resipi masak yang sihat dan kreatif dari chef selebriti Malaysia dan ceramah berkaitan dengan kesihatan oleh Pusat Darah Negara & Tung Shin Hospital.

Hari Beras akan berlangsung sehingga 13 Oktober bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna Malaysia berhubung faedah-faedah beras yang sihat. Warga Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam acara selama lima hari dengan demonstrasi memasak daripada chef selebriti, pameran beras sihat, pemeriksaan kesihatan percuma, rancangan bual bicara khas dan bengkel memasak bermula pada 9 Oktober.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu