SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 4h ago ]

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 Tema: "Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan "

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Pada tahun ini, tema Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah “Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan” yang memfokuskan kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri.

Secara global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Secara purata, satu (1) kematian berlaku setiap 40 saat menjadikan hampir 800,000 orang mati setiap tahun akibat bunuh diri.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu