Vietnam, Mexico tingkat kerjasama sektor pertanian, makanan laut [ 1m ago ]

Klip video lama #savemerapoh kembali tular

Tarikh kemaskini: 23/09/2019
KUANTAN, 23 Sept -- Klip video bertajuk #savemerapoh yang tular di laman sosial sejak minggu lepas adalah video lama pada tahun 2018, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata video itu merujuk kepada kawasan seluas 668.9 hektar di Merapoh, Lipis dekat sini milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) yang pada asalnya mahu dijadikan ladang kelapa sawit.

"Bagaimanapun, kementerian difahamkan kerajaan negeri Pahang telah mengkaji semula cadangan pembangunan tanah di situ dan seterusnya membatalkan pemilikan PKPP yang melibatkan kawasan seluas 600 hektar.

"Kerajaan negeri Pahang juga bersetuju membatalkan cadangan penanaman kelapa sawit dan menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan simpanan kekal (HSK) dan dikelaskan sebagai hutan tadahan air," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Xavier berkata kerja mewartakan kawasan terlibat sebagai HSK juga dalam tindakan agensi terlibat.

Untuk rekod, bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob juga pernah menyentuh isu Merapoh pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada November 2017 dan memberi jaminan akan membatalkan projek itu jika menjejaskan alam sekitar.

Isu pembalakan di Merapoh hangat diperkatakan bermula penghujung Oktober 2017 menerusi penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar sehingga mewujudkan solidariti masyarakat antarabangsa di laman sosial menerusi #savemerapoh.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu