Malaysia raih mata pertama, seri 1-1 dengan Australia [ 9h ago ]

Proses pemasangan paip di Jalan Lundu-Sematan giat dijalankan

Tarikh kemaskini: 22/09/2019
KUCHING, 22 Sept -- Proses pemasangan paip utama di Jalan Lundu-Sematan yang bocor kini sedang giat dijalankan.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam kenyataan berkata, kebocoran paip utama itu berlaku berikutan kejadian kebakaran hutan yang berlaku semalam.

“Kebocoran paip telah mengakibatkan gangguan bekalan air di sepanjang Jalan Utama Lundu-Sematan, bermula dari Pejabat Perikanan Laut Sematan, Pejabat Pertanian Sematan, Pejabat Daerah Kecil Sematan sehingga ke Pasar Sematan dan beberapa kawasan sekitarnya.

“Sementara melakukan kerja-kerja penggantian paip baharu, penghantaran air menggunakan lori tangki akan dilakukan oleh pihak JBALB Bahagian Kuching ke kawasan yang teruk terjejas,” katanya di sini, hari ini.

Pengguna dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air sepanjang tempoh gangguan, segala perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di Facebook rasmi JBALB Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Daerah Lundu.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Ibu Pejabat JBALB Sarawak di talian 082-263078.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu