APMM pantau pulau elak pencerobohan nelayan asing musim tengkujuh [ 11m ago ]

Rakyat Afrika perlu bersatu untuk hentikan keganasan xenofobia di Afrika Selatan - Menteri

Tarikh kemaskini: 21/09/2019
CAPE TOWN, 21 Sept -- "Rakyat Afrika tidak mempunyai pilihan selain bersatu" menentang jenayah kebencian dan konflik yang menghantui Afrika Selatan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai pada Jumaat susulan keganasan xenofobia (benci kepada orang asing) yang berlaku baru-baru ini.

"Peningkatan keganasan, intimidasi dan kematian yang disaksikan baru-baru ini di negara kita memerlukan kita agar mengelak perbuatan saling menuding jari sebaliknya mengambil langkah untuk mendekati semua komuniti," kata Menteri Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa Naledi Pandor ketika bertemu diaspora Afrika di Pretoria.

Pandor mengadakan pertemuan itu selepas sekurang-kurangnya 12 orang -- rakyat asing mahupun Afrika Selatan -- terbunuh di dan sekitar Johannesburg pada awal bulan ini dalam beberapa serangan baharu terhadap rakyat asing yang dicetuskan peningkatan pengangguran dan kemiskinan.

Beliau mengadakan pertemuan itu untuk mendapatkan cadangan bagaimana Afrika Selatan harus memberikan maklum balas yang berkesan bagi membantu menghentikan jenayah kebencian itu dan konflik yang berlaku.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu