KPM tidak campur tangan isu protes siswa UM [ 3m ago ]

Quartararo, Morbidelli catat kedudukan berbeza di sesi latihan GP Aragon

Tarikh kemaskini: 21/09/2019
KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Dua pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) -- Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli merekodkan keputusan berbeza, apabila Quartararo menduduki tempat keempat manakala Morbidelli di tempat ke-14 selepas dua sesi latihan di Grand Prix (GP) Aragon di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol pada Jumaat.

Quartararo yang berjaya memperoleh podium pada perlumbaan terbaru di GP San Marino, menamatkan perlumbaan dalam masa 1 minit 48.117 saat, manakala Morbidelli mencatatkan masa 1 minit 49.104 saat.

Juara dunia, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda, meneruskan aksi cemerlang dengan mencatatkan masa terpantas 1:46.869 saat, diikuti dua pelumba Monster Energy Yamaha -- Maverick Vinales dan Valentino Rossi masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga, dengan catatan 1:48.104 saat dan 1:48.117 saat.

Bercakap selepas itu, Quartararo berkata beliau gembira dengan keputusan itu tetapi menggesa kru teknikal pasukan untuk memberikan peningkatan yang lebih baik pada mesin Yamaha YZR-M1.

“Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, tetapi kami akan lihat cuaca esok. Saya hadapi masalah di sektor empat, tetapi kami tahu apa masalahnya dan keadaan kami tidak serius memandangkan ini kali pertama saya berada di sini.

“Perkara yang baik ialah kami sudah mendapat tempat Q2 jika hujan pada sebelah pagi, jadi saya gembira perjalanan hari itu dan teruja untuk bersama-sama kru saya memperbaiki jentera saya,” kata pelumba muda berusia 20 tahun dari Perancis itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut.

Morbidelli juga meluahkan pandangan sama seperti Quartararo, kru teknikal mereka harus membuat peningkatan besar ke atas mesinnya selepas gagal menamatkan catatan masa yang lebih baik pada sesi latihan itu.

“Keputusan akhir amat mengecewakan, saya selesa atas jentera ini yang menggunakan penyelarasan terbaik pada sebelah petang walaupun ia bukan pilihan terbaik untuk saya. Saya agak hairan apabila jentera ini menggunakan tayar baharu pada sesi latihan, saya hanya memperbaiki catatan masa kepada 0.2 saat walaupun saya seharusnya mampu memperbaiki catatan masa kepada 1 saat, jadi ia menghalang saya meraih kedudukan 10 kelompok terbaik.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu