Malaysia raih mata pertama, seri 1-1 dengan Australia [ 9h ago ]

Situasi Terkini Penyakit Berkaitan Jerebu Di Malaysia

Tarikh kemaskini: 20/09/2019
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 3 petang, 19 September 2019 yang menunjukkan dua puluh enam (26) stesen berada pada bacaan tahap sederhana, tiga puluh enam (36) stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat dan enam (6) stesen mempunyai bacaan tahap sangat tidak sihat.


KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 31 buah klinik sentinel jerebu, KKM iaitu penyakit asma, konjuntivitis dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection - URTI). Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 15.8% (1,187 kepada 1,375 kes) pada minggu epid (ME) 37 (8 hingga 14 September 2019) berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36 (30 Jun hingga 7 September 2019). Begitu juga dengan penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 24.9% (253 kepada 317 kes) pada tempoh masa yang sama manakala penyakit URTI menunjukkan penurunan sebanyak 17.3% (7,551 kepada 6,245 kes).



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu