Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award [ 44m ago ]

Digital Reasoning Mengumumkan Pelaburan Strategik daripada SC Ventures Mempercepat Pengembangan Global bagi Penyelesaian AI bagi Pengawasan Komunikasi dalam Geografi Baharu

Tarikh kemaskini: 19/09/2019
NASHVILLE, Tenn., 19 Sept (Bernama) -- Digital Reasoning, peneraju dalam Kepintaran Buatan (AI) yang memahami niat dan tingkah laku manusia, hari ini mengumumkan pelaburan strategik daripada SC Ventures, unit inovasi, usaha sama dan pelaburan fintech bagi Bank Standard Chartered, membawa jumlah pusingan pendanaan Siri D-1 kepada $40 juta.Selain pelaburan ini, Digital Reasoning akan bekerjasama dengan Bank Standard Chartered untuk mengembangkan tawaran produk perkhidmatan kewangan dalam Pengawasan Komunikasi merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah, dan pasaran antarabangsa.

“Digital Reasoning merupakan peneraju dalam analitis komunikasi, mengenal pasti dan mencari risiko dan pandangan utama daripada bahasa dan tingkah laku manusia.Tindakan ini memerlukan pemahaman tentang bahasa dan konteks pelbagai yang ditingkatkan merentasi berbilang budaya,” kata Tim Estes, Pengasas dan Presiden Digital Reasoning.“Standard Chartered merupakan bank global utama dengan jejak yang pelbagai.Melalui kerjasama ini, kami yakin kami boleh mempercepat kebolehgunaan penyelesaian kami merentasi Asia, Timur Tengah, dan Afrika.Bersama-sama kita akan mendemokrasikan dengan lebih lanjut menggunakan AI untuk memahami bahasa dalam pasaran tempat penyelesaian baharu ini boleh digunakan untuk kebaikan.”



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu