Perangsang Selangor anjur program kayuhan basikal untuk golongan cacat penglihatan [ 8m ago ]

Pakar Rawatan Taiwan Meningkatkan Keyakinan dan Kehidupan Pesakit Malaysia

Tarikh kemaskini: 19/09/2019
KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Sept (Bernama) -- Rawatan dan perubatan dari Taiwan terkenal kerana kualiti tinggi, teknologi canggih, sikap profesional dan harga berpatutan. Kos pembiayaan rawatan di Taiwan dianggarkan hanya satu perlima daripada perkhidmatan yang setanding di Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan imej, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan telah melantik Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) untuk bekerjasama dengan Taiwan Chang Gung Memorial Hospital untuk menganjurkan "Taiwan Healthcare Tech Introduction and Patient Sharing" di Kuala Lumpur pada 19 September 2019. Acara ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang kejayaan terbaru dalam teknologi dan teknik perubatan. Pihak penganjur juga akan menampilkan beberapa pesakit dari Malaysia yang telah menerima rawatan di Taiwan untuk berkongsi pengalaman mereka.

Chang Gung Memorial Hospital ialah salah satu organisasi perubatan yang terbesar di Taiwan dan menugaskan empat pakar dari cawangan-cawangannya di bahagian utara, tengah dan selatan Taiwan untuk sesi perkongsian di Malaysia ini.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu