Inisiatif KEGA diharap pacu pertumbuhan industri perkapalan - AMIM [ 4m ago ]

Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya ditutup esok

Tarikh kemaskini: 16/09/2019
PUTRAJAYA, 16 Sept -- Semua sekolah di Putrajaya akan ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5 petang hari ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada hari esok.

Putrajaya hari ini mencatatkan IPU 201 pada pukul 5 petang, 204 pada pukul pukul 6 petang dan 205 (tertinggi setakat hari ini) pada pukul 7 petang.

Ini adalah kali pertama sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 Sept lepas.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu