Nelayan Tuaran mengeluh hilang pendapatan akibat jerebu [ 1h ago ]

Beberapa jalan ditutup sempena larian antarabangsa jambatan Sultan Mahmud

Tarikh kemaskini: 12/09/2019
KUALA TERENGGANU, 12 Sept -- Beberapa jalan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan ditutup bermula malam esok sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud, yang berlangsung Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Abd Razak Hasan berkata penutupan peringkat pertama pada Jumaat ini melibatkan jalan di Dataran Batu Buruk, Jalan Persinggahan, Jalan Sultan Zainal Abidin, Pasar Payang, Jalan Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Batas Baru.

Turut ditutup ialah Jalan Kemajuan, Jalan Tengku Mizan, Jambatan Sultan Mahmud menghala ke bandar, Jalan Tengku Omar, Jalan Sultan Muhammad, Jalan Gong Kapas, Jalan Sultan Omar sehingga ke lampu isyarat Wisma Darul Iman, Bulatan Ladang serta jalan baharu Drawbridge sehingga ke Bulatan Teluk Ketapang.

"Bagi peringkat pertama jalan akan ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi.

"Penutupan peringkat kedua iaitu pada Sabtu ini pula akan bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan jalan di Dataran Batu Buruk, Jalan Persinggahan dan jalan baharu Drawbridge sehingga ke Bulatan Teluk Ketapang," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua pengguna jalan raya merancang perjalanan masing-masing dan menggunakan laluan alternatif sedia ada.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu