Ahli perniagaan rugi RM90,000, ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud [ 26m ago ]

28 kanak-kanak terselamat dalam kebakaran asrama

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
TAIPING, 11 Sept -- Dua puluh lapan kanak-kanak terselamat apabila sebuah bilik di Asrama Kanak-kanak Taiping di Jalan Medan Taiping di sini terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata kebakaran yang melibatkan sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan dikatakan berlaku pada pukul 5.40 petang.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.42 petang dan sepasukan anggota yang bergegas ke tempat kejadian mendapati sebuah bilik di bangunan empat tingkat itu sedang terbakar namun semua kanak-kanak yang menghuni asrama itu telahpun keluar.

"Bomba mengambil masa enam minit untuk memadamkan kebakaran dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu