Melaka bincang pembangunan air dengan SPAN [ 1h ago ]

Punca air hitam di Sungai Lukut Kechil bukan disebabkan pencemaran - exco

Tarikh kemaskini: 24/08/2019
SEREMBAN, 24 Ogos -- Perubahan warna air Sungai Lukut Kechil, Port Dickson yang bertukar hitam bukan berpunca daripada pencemaran sebaliknya dipercayai disebabkan aktiviti kerja pembersihan dan pelebaran parit berhampiran sungai tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan berkata pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Lukut Choo Ken Hwa pada 11 Ogos lepas, berhubung kejadian tersebut yang membimbangkan penduduk dan nelayan.

Katanya, justeru satu tindakan pemeriksaan telah diambil oleh JAS Negeri Sembilan pada 12 dan 15 Ogos lalu bagi mengetahui punca berlakunya perubahan air hitam di sungai terbabit.

"JAS Negeri Sembilan telah mengambil sampel air sungai tersebut dan mendapati keadaan pH adalah normal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Namun begitu, beliau berkata pihak JAS Negeri Sembilan akan meneruskan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap premis serta loji kumbahan di kawasan Port Dickson bagi memastikan efluen yang dilepaskan adalah mematuhi standard yang ditetapkan oleh JAS dan tidak melakukan pencemaran kepada alam sekitar.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu