Pejabat PM terpaksa 'pertahan' najib kerana banyak serangan isu 1MDB - Saksi [ 10m ago ]

Aktiviti kemasyarakatan satu mekanisma semarak bulan kebangsaan

Tarikh kemaskini: 21/08/2019

REMBAU, 21 Ogos (Bernama) -- Aktiviti kemasyarakat seperti gotong royong di peringkat sekolah dan Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) dilihat sebagai satu mekanisma bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan bukan sahaja dikalangan pelajar dan guru bahkan turut meliputi ibu bapa dan juga masyarakat.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Pkharuddin Ghazali berkata di Negeri Sembilan, walaupun program Kembara Merdeka 2019 tidak meliputi semua sekolah dan institusi pengajian tinggi, namun aktiviti berkenaan boleh dijadikan sebagai contoh oleh sekolah dan IPT yang lain.

Antara sekolah yang terlibat dalam program Kembara Merdeka 2019 ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Undang Abdullah, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Syed Ali Al Jufri di Jelebu, SK Senibai, Kuala Pilah dan Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhammad Sharip, Rembau.

“Program sebegini mampu mencetuskan dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar tidak kira bangsa dan agama," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup Kembara Merdeka 2019 oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Program Kembara Merdeka 2019 yang bermula semalam dan berakhir hari ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dengan kerjasama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Negeri, Negeri Sembilan (KPIBKN), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JPNS dan Kelab Kebajikan dan Sosial JPNS.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu