BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
AM

MINGGU SAINS NEGARA 2019 PERINGKAT NEGERI KELANTAN SELAMA LIMA HARI

16/08/2019 12:07 AM

KOTA BHARU, 15 Ogos (Bernama) -- Minggu Sains Negara peringkat Negeri Kelantan anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) selama lima hari bermula hari ini.

Ketua Setiausaha MESTECC Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahya berkata, Minggu Sains Negara 2019 (MSN 2019) dilaksanakan mengikut dua fasa iaitu fasa pertama pada April lalu dan fasa kedua bermula hari ini melibatkan 10 negeri iaitu Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Kedah, Selangor dan Kelantan.

“Bagi fasa kedua, kita menyasarkan satu juta pengunjung iaitu 100,000 dari setiap negeri,” katanya pada Majlis Peramian Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. Turut hadir Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus. 

Azhar berkata, pihaknya berharap MSN 2019 dapat menarik minat peserta serta memberi kesedaran kepada mereka yang hadir untuk menjadi lebih cenderung terhadap Sains dan Matematik.

“Sains dan Matematik ini adalah asas kepada ilmu-ilmu lain malah ianya juga dapat membekalkan peserta dengan perkembangan teknologi pada masa hadapan,”katanya. 

Sementara itu, Norhalim berkata MSN 2019 bertemakan ‘Sains Untuk Kesejahteraan’ menjadi aspirasi pada tahun ini selain menjadi signifikan kerana sains dan teknologi memberi kesan yang besar terhadap masyarakat.

Katanya, pihaknya cuba melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat iaitu daripada kanak-kanak, pelajar sekolah dan universiti, politeknik dan terutama usahawan industri kecil sederhana (IKS).

“Selain dapat membekalkan ilmu sains dan teknologi, program ini juga dapat menjadi platform pertukaran teknologi antara usahawan dan universiti yang mengambil bahagian bagi melahirkan usahawan yang mampu menggunakan teknologi dalam industri untuk bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan