Aksi tidak konsisten Felda United bawa padah [ 9m ago ]

Nora Anne: Laporan bedah siasat 2 petang

Tarikh kemaskini: 15/08/2019
Oleh Nur Natasha Aida dan Farhan

SEREMBAN, 15 Ogos (Bernama) -- Sidang media laporan bedah siasat kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, akan diadakan pukul 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam IPKNS pukul 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapuan petugas media tidak diberitahu siapa yang akan memberikan sidang media itu.

Pada Selasa, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA




       Berita Utama Terdahulu