Aksi tidak konsisten Felda United bawa padah [ 7m ago ]

Tebus Mata Ganjaran Mesra Dengan Setel Bila-Bila Masa, Di Mana Jua!

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Tebus Mata Ganjaran Mesra Untuk Minyak Dengan Setel

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia - terus menaik taraf keselesaan pelanggan dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Setel memberi pengalaman pembelian bahan api yang mudah, lancar dan lengkap yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api. Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu