MEC, MTDC bekerjasama bantu persiap PKS ke arah teknologi digital [ 2m ago ]

Uzbekistan mulakan penswastaan tanah tahun depan

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
TASHKENT, 14 Ogos (Bernama) -- Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev telah menandatangani satu undang-undang baharu pada Selasa yang membenarkan tanah bukan pertanian diswastakan buat julung kalinya dalam sejarah negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Undang-undang itu telah diluluskan pada Mei oleh Senat dan akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2020.

Sebelum ini, semua tanah dimiliki negara, yang mempunyai penduduk paling ramai di Asia Tengah dengan lebih 33 juta orang.

Terdahulu, para pegawai Uzbekistan berkata undang-undang itu mempunyai kesan bersejarah terhadap pembangunan ekonomi negara tersebut; tanpa pemilikan tanah, ekonomi pasaran adalah tidak lengkap.

Menurut undang-undang baharu itu, entiti sah dan rakyat Uzbekistan boleh menswastakan plot-plot tanah yang disediakan untuk menjalankan perniagaan serta membina rumah persendirian.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu