4 anggota polis cedera selepas bertempur dengan penunjuk perasaan menjelang G7 [ 2m ago ]

MRB bekerjasama dengan pakar IP tambah pendapatan pekebun kecil

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (MRB) bekerjasama dengan pakar hak milik intelektual Adastra Intellectual Property Sdn Bhd untuk menambah pendapatan pekebun kecil dan meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan getah, menurut Pengerusi MRB Sankara N Nair.

Beliau berkata kerjasama strategik itu akan merapatkan jurang antara pengeluar teknologi serta pengguna dengan mendedahkan pekebun kecil getah kepada aspek perniagaan pengeluaran getah.

“Penggiat industri boleh mempelajari teknologi ditawarkan oleh MRB dan mengamalkan penyelesaian berdaya maju yang akan meningkatkan daya saing mereka di peringkat global.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersama-sama produk dan perkhidmatan inovatif akan dapat melindungi perniagaan dan inovasi mereka dengan memanfaatkan kepakaran Adastra dalam bidang pemfailan jenama, rekabentuk dan paten,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini katanya akan membolehkan PKS untuk bersaing dengan yakin dalam industri ini sama ada di peringkat domestik atau global memandangkan Malaysia kekal sebagai satu daripada pengeskport utama produk berasaskan getah.

“Kami menggalakkan PKS untuk mengguna pakai kepakaran dan sumber MRB untuk bekerjasama dan menambah baik keupayaan teknikal dan teknologi bagi memperkukuh industri produk berasaskan getah.

“Dengan kemampanan dan teknologi hijau yang menjadi tumpuan, banyak peluang untuk menyelidik kepada produk inovatif menggunakan lateks dan sebatian getah asli yang berdaya saing atau lebih berkualiti berbanding produk ditawarkan pada masa kini,” katanya.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu