Aksi tidak konsisten Felda United bawa padah [ 8m ago ]

Project Management Institute Melebihi Matlamat Ikrar, Meraikan 100,000 Jam Yang Disumbangkan Secara Sukarela Di Peringkat Global Sebagai Memperingati Ulang Tahun Ke-50

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
PHILADELPHIA, 14 Ogos (Bernama) -- Project Management Institute (PMI) dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menggandakan matlamat ikrar asal mereka dan pemegang kepentingan mereka telah berikrar untuk menyumbangkan 100,000 jam secara sukarela bagi memajukan sebab-sebab yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDG). Sebagai sebahagian daripada Sambutan bagi Perkhidmatan Global setahun organisasi itu, kalangan profesional dari seluruh pelusuk dunia menyumbangkan kepakaran pengurusan projek mereka bagi membolehkan organisasi tempatan dan memperkuatkan komuniti mereka.

Matlamat ikrar PMI untuk Hari Ulang Tahun ke-50 dan Sambutan bagi Perkhidmatan Global mereka adalah merupakan sebahagian daripada pengembangan keseluruhan bagi kempen Made Possible oleh persatuan itu yang memanfaatkan minat profesional projek di seluruh dunia bagi memacukan perubahan sosial. Pada mula dilancarkan pada musim luruh tahun 2018, Made Possible ditumpukan kepada melibatkan pihak berkepentingan PMI yang pelbagai – dari ahli-ahli dan pemegang surat tauliah, kepada pemimpin cawangan dan sukarelawan – dan pihak lain yang berminat untuk melakukan perbezaan, menghimpunkan mereka dengan satu visi bersama untuk membuat impak yang positif kepada masyarakat.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu