Police investigate upside down flag case in Butterworth [ 1h ago ]

Nora Anne: Sidang media ditangguh kepada 8 malam

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
Hisham Rafar dan Nur Natasha Aida

SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) — Sehingga kini, sidang media yang dikatakan akan berlangsung pada pukul 5 petang ini, kini telah ditangguh kepada 8 malam.

Petugas media tempatan dan antarabangsa masih setia menunggu sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Cuaca di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban ketika ini berangin dan adakalanya mendung.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

—BERNAMA




       Berita Utama Terdahulu