Man seriously hurt after pet macaque bit him [ 4h ago ]

Komuniti Ukraine di Malaysia sambut Hari Kemerdekaan dengan senaman kecergasan

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Komuniti Ukraine di Malaysia sudah mula meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara itu yang jatuh pada 24 Ogos dengan senaman kecergasan pada waktu pagi baru-baru ini di Taman Botani Perdana di sini.

Bertema "Hari Merdeka Ukraine dan Malaysia," acara itu dianjurkan Persatuan Kebudayaan Ukraine di Malaysia dengan sokongan Kedutaan Ukraine di sini, menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di sini pada Rabu.

Lebih 25 peserta dari Ukraine, Malaysia, Kazakhstan, Poland dan Rusia menghadiri acara itu, yang diketuai seorang jurulatih kecergasan Ukraine yang menetap di Kuala Lumpur.

Terkenal di peringkat antarabangsa kerana atletnya, Ukraine mempunyai sejarah mendalam berusia lebih seribu tahun yang turut menyaksikan kewujudan Kyiv Rus, antara negara terbesar dan paling makmur di Eropah pada abad ke-10 hingga ke-11.

Kemerdekaan penuh daripada Kesatuan Soviet telah diisytihar pada 24 Ogos 1991.

Tidak lama kemudian pada Disember 1991, kira-kira 90 peratus daripada rakyat Ukraine mengundi dalam satu referendum bagi menyokong kemerdekaan negara mereka.

Ukraine dan Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik pada 1992.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu