Maut semasa kimpal tangki diesel lori [ 4m ago ]

Dongguan, Sebuah Kluster Inovasi Melihat Kemasukan Gergasi-gergasi Teknologi

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
DONGGUAN, China, 14 Ogos (Bernama) -- Dari 9 Ogos hingga 11 Ogos, tokoh-tokoh utama di dalam industri teknologi termasuk Yu Chengdong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei dan Hu Yu, Pengerusi di IFLYTEK, bersama-sama dengan 6,000 pemaju telah bertemu di Dongguan, untuk Persidangan Pemaju Huawei 2019 bagi membincangkan mengenai industri terminal, aplikasi global dan pembangunan teknologi 5G dan pembinaan sebuah ekosistem perindustrian global. Persidangan itu telah berlangsung di Tasik Songshan, sebuah kawasan berteknologi tinggi dengan pemandangan semulajadi yang indah. Orang yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pentadbiran Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Tasik Songshan berkata Dongguan bakal menerima lebih banyak perusahaan teknologi, bakat dan pembawa inovatif termaju dengan keupayaan mereka yang semakin berkembang bagi mengeramkan syarikat-syarikat inovatif dan persekitaran perniagaan yang unggul.

Dongguan cemerlang di dalam mengkomersialkan kejayaan saintifik dan teknologi, dengan satu rantaian industri yang lengkap, juruteknik mahir yang mencukupi dan kos tanah yang rendah yang relevan yang meningkatkan kecekapan bagi industrialisasi dan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan oleh itu menjadikan syarikat dan produk lebih berdaya saing.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu