Skuad Bola Sepak CP sasar emas pada sukan Para ASEAN 2020 [ 11m ago ]

Utusan AS ke Syria berada di Turki untuk berunding

Tarikh kemaskini: 22/07/2019
James Franklin Jeffrey (Photo: Tobias Hase/dpa)
ANKARA, 22 Julai (Bernama) -- Utusan khas Amerika Syarikat (AS) ke Syria kini berada di Turki untuk berunding dengan para pegawai berkaitan isu Syria, pencegahan keganasan dan keselamatan, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad.

James Jeffrey, yang juga berkhidmat sebagai utusan khas AS bagi Gabungan Global untuk Menewaskan Daesh, akan mengadakan pertemuan pada Isnin dan Selasa dengan para pegawai Turki di Ankara.

Lawatan Jeffrey adalah atas undangan kerajaan Turki, menurut kenyataan bertulis Jabatan Negara AS.

"Duta Jeffrey mengetuai satu delegasi antara agensi untuk meneruskan perbincangan dengan para pegawai kanan Turki untuk memajukan isu kepentingan awam bersama berkaitan Syria bagi memasukkan, langkah-langkah menangani kebimbangan keselamatan Turki yang sah, pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR 2254) dalam konflik Syria, dan usaha berterusan kami bagi memastikan kekalahan ISIS (Daesh)," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu