Kurang pengetahuan punca pekebun di Perak tidak dapat MSPO [ 9m ago ]

Kapal tangki minyak MT Riah bukan milik UAE

Tarikh kemaskini: 17/07/2019
ABU DHABI, 17 Julai (Bernama) -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa berkata kapal tangki minyak MT RIAH yang dikatakan hilang ketika melalui Selat Hormuz bukan milik negara itu, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM) memetik seorang pegawai.

Pegawai itu dalam satu kenyataan berkata kapal tangki yang dimaksudkan bukan dikendalikan dan kepunyaan UAE.

"Ia tidak membawa kakitangan UAE dan tidak membuat panggilan kecemasan. Bagaimanapun, kami sentiasa memantau keadaan itu dengan rakan kongsi antarabangsa," katanya.

Dilaporkan sebuah kapal tangki yang membawa bendera Panama hilang ketika melalui Selat Hormuz.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu