Tiga lagi lokasi di Sarawak capai bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat [ 1h ago ]

Usana taja tiga atlet kebangsaan

Tarikh kemaskini: 13/07/2019
Duta produk USANA yang juga atlet negara (dari kiri) Welson Sim See Sheng, Muhamad Heidy dan Adly Hafidz Mohd Pauzi menggayakan jaket USANA pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan dan Pengenalan Jaket USANA di Seksyen 15 hari ini.
SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) -- Tiga atlet negara, Muhamad Heidy Mohd Yusoff, Adli Hafidz Mohd Pauzi dan Wilson Sim Wee Sheng mendapat suntikan semangat apabila mendapat tajaan bernilai kira-kira RM100,000 dari syarikat nutrisi antarabangsa, Usana Health Sciences.

Muhamad Heidy, ketua pasukan dan jurulatih pasukan dodgeball kebangsaan, Adli Hafidz, peninju kebangsaan yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Wilson Sim, perenang kebangsaan yang memegang beberapa rekod kebangsaan menerima tajaan berupa bekalan suplimen bagi tempoh selama 18 bulan.

Pengurus Besar Wilayah Usana bagi Malaysia, Singapura dan Taiwan, Vivienne Lee dalam ucapannya berkata selain tajaan makanan tambahan, ketiga-tiga atlet juga akan menikmati rangkaian komuniti atlet Usana.

"Bagi ketiga-tiga atlit , penajaan gabungan mereka bernilai lebih daripada RM100,000 termasuk penajaan makanan tambahan dan rangkaian dengan komuniti atlet Usana selama satu setengah tahun.

"Sains Kesihatan Usana secara global berbangga ketiga-tiga atlet ini menyertai barisan lebih dari 4,500 atlet profesional di seluruh dunia yang menggunakan pelbagai produk kami untuk memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik," katanya pada majlis menandatangani tajaan tiga atlet itu di sini hari ini.

Sementara itu, Muhamad Heidy yang ditaja Usana sejak 20016 berkata beliau tekah menggunakan produk suplimen Usana sejak 10 tahun lepas dan percaya produk berkenaan banyak membantu dalam meningkatkan prestasinya.

"Ia merupakan satu kebanggaan untuk dipilih menjadi atlet Usana," katanya.

Bagi Adli Hafidz beliau beliau berasakan terdapat peningkatan dalam prestasinya sejak menggunakan produk itu sejak setahun lepas.

"Untuk tahun ini saya akan terlibat dalam empat atau lima perlawanan tinju, dan saya berazam untuk muncul sebagai antara 20 peninju terbaik dunia pada tahun depan," katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu