Majlis Anugerah Usahawan Sandakan pertama diadakan 20 Okt [ 5m ago ]

Muhammad Syafiq jauh ketinggalan

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh gagal mempamerkan aksi memberangsangkan pada hari pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 apabila menduduki tempat ke-33 pada pusingan kelayakan acara 1 meter papan anjal individu lelaki di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Penerjun berusia 23 tahun itu hanya mampu mengumpul 283.20 mata antara 44 peserta selepas melengkapkan enam percubaan pada pusingan awal di Pusat Akuatik Perbandaran Universiti Nambu.

Dua penerjun China, Wang Zongyuan dan Peng Jianfeng, masing-masing mendahului saingan pusingan awal dengan mengumpul 429.40 mata dan 410.80 mata manakala penerjun tuan rumah, Woo Ha-ram di tempat ketiga dengan 396.10 mata.

Hanya 12 penerjun daripada pusingan awal layak ke pusingan akhir, Ahad ini.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu