Ebola virus in Congo: Health Ministry steps up preparedness [ 3h ago ]

Untung bersih suku kedua Digi meningkat kepada RM392.48 juta

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Digi.com Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 meningkat kepada RM392.48 juta daripada RM384.34 juta yang dicatatkan pada suku sama 2018.

Perolehan bagaimanapun susut kepada RM1.55 bilion daripada RM1.62 bilion bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih lebih baik itu menunjukkan keupayaan syarikat memacu perniagaan mampan dengan margin positif dan kekal berdaya tahan dalam situasi pasaran mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkukuh keupayaan pandangan pelanggan dan usaha pendigitalan untuk mempertingkat pengalaman pelanggan yang berbeza, menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada perkhidmatan yang penting bagi mereka.

“Kami mula melaksanakan strategi ini dan kekal berdaya tahan di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar,” katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu