Melaka mantapkan penyaluran maklumat bekalan air kepada rakyat [ 15m ago ]

10 individu bergaduh di kedai jual alkohol ditahan

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) – Polis menahan 10 individu termasuk lapan warga India selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai menjual alkohol di Batu Caves, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, salah seorang suspek bersama isterinya berusia 38 tahun ke premis itu untuk membeli minuman keras dan tidak berpuas hati diberi resit tulisan tangan.

“Keadaan menjadi kecoh apabila wanita terbabit mendakwa ditampar oleh seorang lelaki tidak dikenali di pipi kiri.

“Suami wanita itu meminta bantuan orang awam di kawasan terbabit dan menyebabkan pergaduhan antara dia dengan pekerja premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati lelaki terbabit memiliki rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan satu rekod dadah selain masih dikehendaki polis berkaitan satu kes jenayah pada 2017.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua tangkapan direman sehingga hari ini (12 Julai). Permohonan untuk lanjutan reman akan dipohon hari ini di Mahkamah Selayang.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu