Polio: 75 peratus tidak tunjuk gejala jangkitan [ 9m ago ]

JaPen T'ganu anjur pertandingan keceriaan bulan kebangsaan

Tarikh kemaskini: 10/07/2019
KUALA TERENGGANU, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 tahun ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM16,000.

Pengarah JaPen negeri, Azahar Ismail berkata pertandingan terbahagi kepada sembilan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisional/kampung baru/estet/Felda), sekolah menengah, sekolah rendah, taman perumahan, kediaman individu, pintu gerbang dan universiti awam/swasta.

Penghantaran borang penyertaan berakhir pada 31 Julai ini manakala penghakiman akan dilakukan dari 25 Ogos hingga 4 Sept.

"Pemenang peringkat negeri akan mewakili Terengganu untuk diadili pada peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM36,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertandingan tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat selain menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Borang penyertaan boleh didapati di JaPen Negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu atau di pejabat JaPen daerah berhampiran.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu