Kerajaan berusaha memajukan agenda hak asasi manusia [ 4m ago ]

Roselindawati Ketua Pengarah wanita pertama JAPEN

Tarikh kemaskini: 09/07/2019
Roselindawati Abdul Rahman
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Roselindawati Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.

Roselindawati, 58, wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu sejak penubuhan Jabatan Penerangan (JaPen) pada 1945, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik, demikian menurut JaPen dalam satu kenyataan hari ini.

Pemegang Sarjana dalam bidang Penyiaran, Telekomunikasi dan Media Massa daripada Temple University Philadelphia, Amerika Syarikat, Roselindawati memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1986.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah di Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu di Jabatan Penerangan (JaPen), Setiausaha Bahagian Penyelarasan Media di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Timbalan Ketua Komunikasi Korporat di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik di KKMM, sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) di JaPen pada tahun lepas.

-- BERNAMA










       Berita Utama Terdahulu