University Students Need To Follow Procedures, Rules,regulations, Otherwise There Will Be Chaos - Pm Dr Mahathir | 
17 GRO warga asing ditahan [ 1m ago ]

Kerajaan sasar pendekkan tempoh urusan mendapatkan permit pembinaan kpd 90 hari

Tarikh kemaskini: 04/07/2019
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan untuk memendekkan tempoh urusan untuk mendapatkan permit pembinaan daripada 390 hari kepada 90 hari sahaja.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang bersetuju untuk mengkaji semula proses permohonan dan kelulusan permit pembinaan sedia ada dalam usaha mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan merancakkan pelaburan swasta dalam industri berkenaan.

“Ketua Setiausaha Negara dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal yang berkaitan bagi menambah baik urusan untuk mendapatkan permit pembinaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu