Ebola virus in Congo: Health Ministry steps up preparedness [ 3h ago ]

Peraturan kerajaan perlu untuk khidmat kongsi penginapan - Kajian

Tarikh kemaskini: 27/06/2019
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Lebih separuh daripada rakyat Malaysia berpendapat peraturan kerajaan diperlukan untuk penyelesaian khidmat kongsi penginapan berikutan tempoh yang mencabar untuk sewa rumah dengan tekanan penurunan yang berterusan ke atas kadar sewa disebabkan kebimbangan mengenai penawaran.

Negara merupakan pasaran Airbnb paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada tahun lepas, menerima lebih dua juta tetamu melalui lebih 44,000 penyenaraian.

Bagaimanapun, berdasarkan Kaji Selidik Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2018 PropertyGuru, sebanyak 54 peratus daripada responden menggesa peraturan dirangka untuk mengurus industri penyelesaian khidmat kongsi penginapan.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez berkata, “Ini bukan menyatakan rakyat Malaysia menentang khidmat kongsi penginapan, berikutan kaji selidik mendapati bahawa ramai (49 peratus) bersetuju dengan penyelesaian tersebut, manakala 57 peratus berminat untuk meninjau sendiri penyelesaian khidmat kongsi penginapan.”

Bagaimanapun, katanya terdapat ruang untuk menambah baik dari segi peraturan.

Ini diakui oleh kaji selidik yang dijalankan oleh penggiat khidmat kongsi penginapan terkemuka pada awal tahun ini, yang menekankan keperluan kepada garis panduan khidmat kongsi penginapan, sama ada mereka di peringkat nasional, negeri, komuniti atau bangunan.

Usaha terkini pada Februari termasuk saranan kepada pengendali khidmat kongsi penginapan untuk mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Perbadanan Produktiviti Malaysia sedang menggaris rangka kerja untuk menguruskan penginapan jangka pendek di negara ini.

“Bagaimanapun, kekurangan garis panduan kebangsaan telah menyaksikan percambahan pendekatan yang berbeza kepada khidmat kongsi penginapan bergantung kepada kawasan.

“Ini membawa kepada saranan kepada peraturan, manakala persatuan hospitaliti mengaitkan amalan itu untuk menurunkan kadar penghunian hotel berikutan cabaran yang lebih luas dalam segmen sewa rumah," katanya.

Kaji selidik itu turut mengetengahkan sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap sewa, dengan sembilan daripada 10 memilih untuk membeli rumah mereka sendiri dan hampir tujuh daripada 10 (68 peratus) pada masa ini tinggal di hartanah mereka sendiri.

Lambakan projek kediaman bertingkat di seluruh negara telah menyaksikan penyewa mempunyai banyak pilihan penginapan, memberi tekanan kepada kadar sewa.

Di kawasan tertentu, seperti Johor, kebanyakan penawaran ini disertakan dengan permohonan khidmat kongsi penginapan dan di Kuala Lumpur sahaja, menyaksikan kadar sewa diturunkan sebanyak 10 peratus pada 2018.

Ini turut menyaksikan projek lama bersaing dengan pelancaran baharu, kata Fernandez.

-- BERNAMA








BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu