Pengarah Cityone mengaku tidak bersalah menyebabkan kejadian letupan Cityone [ 4m ago ]

Tanah runtuh: Dua mayat ditemui setakat 12 tengah malam

Tarikh kemaskini: 26/06/2019
GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) -- Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dekat sini setakat tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata mayat pertama ditemui kira-kira 11.15 malam ini manakala mayat kedua ditemui berhampiran mayat pertama pada 12 tengah malam.

“Usaha mengeluarkan mayat giat dijalankan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu