Polis lupus peralatan judi bernilai RM700,000 [ 4m ago ]

Tanah runtuh: Empat pekerja Myanmar maut tertimbus

Tarikh kemaskini: 25/06/2019
GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) -- Empat orang pekerja warga Myanmar dipercayai maut setelah tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tanjung Bungah dekat sini, malam ini.

Pengarah Bomba Pulau Pinang Saadon Mokhtar yang mengesahkan kejadian itu berkata operasi mencari dan menyelamat diaktifkan jabatan itu dengan penglibatan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selepas laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira pukul 9.25 malam ini.

“Setakat ini kita sudah menemui lokasi mangsa-mangsa di bawah timbunan tanah kira-kira 15 kaki dalam dan usaha mengeluarkan mereka sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu