Points dropped and Selangor's stuttering Malaysia Cup campaign continues [ 6h ago ]

Dua beradik maut kereta dinaiki jatuh gaung

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
TAWAU, 12 Jun (Bernama) -- Dua beradik perempuan maut selepas kereta dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat sini, pagi tadi.

Dalam insiden 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, 7, dan l Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan seorang adik lelaki mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama, disahkan sekadar mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dari arah Tawau ke Labuan itu hilang kawalan selepas pemandunya seorang wanita berusia 33 tahun terlelap seketika.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu terlelap dan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

"Akibatnya kedua-dua anaknya yang juga merupakan penumpang belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian," katanya di sini, hari ini.

Peter berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA







       Berita Utama Terdahulu