Lima watak ceriakan warga Langkawi [ 49m ago ]

Roket Houthi bedil Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, Arab Saudi

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
RIYADH, 12 Jun (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir di barat daya Arab Saudi dibedil roket oleh pemberontak Houthi pada Rabu (2.21 pagi) menyebabkan beberapa orang awam cedera, lapor Saudi Press Agency (SPA)

Jurucakap rasmi pihak gabungan yang diketuai Saudi, Kolonel Turki Almalki berkata seramai 26 penumpang awam dari pelbagai kerakyatan cedera, termasuk tiga wanita (warga Yaman, India, Saudi) termasuk dua kanak-kanak.

Lapan mangsa dirawat di hospital manakala 18 lagi yang mengalami luka ringan menerima rawatan di lokasi kejadian. Bedilan turut mengakibatkan beberapa kerosakan fizikal di ruang menunggu lapangan terbang terbabit.

Almalki berkata pasukan tentera dan keselamatan sedang menyiasat jenis roket yang digunakan dalam serangan itu.

Sementara itu, militan Houthi, mengaku bertanggungjawabnya ke atas serangan berkenaan yang menggunakan peluru berpandu krus.

Serangan terbabit jelas mensasarkan orang awam yang sepatutnya dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil langkah perlu dan segera untuk menghalang tindakan pemberontak selain memastikan kemudahan dan orang awam terus dilindungi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu