Lima watak ceriakan warga Langkawi [ 45m ago ]

Rampasan kuasa di Venezuela, 17 lagi suspek ditahan

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
CARACAS, 12 Jun (Bernama) -- Seramai 17 orang ditahan dan didakwa oleh pihak berkuasa Venezuela kerana terbabit dalam percubaan rampasan kuasa pada 30 April lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Pendakwa Venezuela, Tarek William Saab berkata setakat ini seramai 34 orang sedang disiasat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan rumusan mengenai tindakan yang telah dilaksanakan Kementerian Awam dari Januari hingga Mei.

Beliau turut memuji peranan yang dimainkan kementerian itu dalam mengekalkan "kestabilan dan memelihara keamanan."

Saab sebelum ini, mendakwa pemimpin pembangkang Leopoldo Lopez dan Juan Guaido turut campur tangan dalam percubaan rampasan kuasa itu, selain mendapat sokongan daripada askar pemberontak.

Dalam kes percubaan membunuh Presiden Nicolas Maduro pada Ogos 2018, seramai 38 suspek ditahan, 31 daripadanya dihukum penjara.

Jelas beliau terdapat beberapa suspek melarikan diri ke luar negara dan menggesa Colombia serta Amerika Syarikat untuk menyerahkan mereka bagi membolehkan siasatan dijalankan.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu